Klik Untuk Lihat

Kegemukan & Diet Yang Salah

GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario biasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut.

Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik. Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.

Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalah ini.

Amalan diet yang drastik dan pengambilan ubat kurus untuk menurunkan berat badan sebenarnya boleh diibaratkan sebagai tindakan kurang bertimbang rasa terhadap diri sendiri kerana ia bukan saja tidak berkesan, malah boleh mendatangkan kesan negatif tanpa dis edari. Antara punca utama ramai gagal dalam program diet ialah ia sukar dipatuhi, penggunaan bahan tidak selamat dan mempunyai kesan sampingan serta kurang berkesan sehingga menyebabkan ramai berasa kecewa apabila jarum penimbang masih menunjukkan angka sama.


Apabila anda mengamalkan diet drastik, berat badan turun dengan cepat. Sebenarnya berat yang hilang itu adalah berat air dan otot. Namun, selepas satu tempoh biasanya berat badan akan kekal, walaupun jumlah makanan diambil makin sedikit. Masalah ini membuatkan ramai berasa kecewa dan berhenti separuh jalan. Mereka kembali kepada tabiat pemakanan asal dan menjadi lebih berisi berbanding sebelum mengikuti program diet.


Ramai tidak sedar mereka mengamalkan diet yang salah sehingga terpaksa berlapar semata-mata mahu menurunkan berat badan. Apabila kurang makan (jumlah kalori kurang daripada yang diperlukan iaitu 1,200 kalori untuk wanita dan 1,800 kalori bagi lelaki), badan bertindak balas dengan mengambil protein daripada otot sebagai bekalan tenaga. Ini kerana rantaian protein lebih mudah dipecahkan bagi mendapat tenaga, sebaliknya lemak akan disimpan. Proses ini menyebabkan berat badan turun dengan cepat.


Keadaan ini juga secara tidak langsung menurunkan kadar metabolisme. Ramai tidak tahu otot adalah metabolisme. Sejumlah 0.45 kilogram otot membakar antara 30 hingga 50 kalori setiap hari. Apabila badan menggunakan protein daripada otot, bermakna kuantiti otot semakin sedikit. Ia bermakna metabolisme juga semakin rendah. Sedihnya, kadar metabolisme yang hilang ini tidak berganti. Anda kekal dengan kadar metabolisme rendah. Ini sebabnya apabila seseorang itu kembali kepada tabiat pemakanan asal, mereka mengalami masalah pertambahan berat badan.


Tenaga yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak. Lama kelamaan simpanan lemak dalam badan meningkat dan menyebabkan seseorang itu bertambah gemuk. Badan akan mengalami penurunan jisim otot dan peningkatan simpanan lemak. Simpanan lemak yang banyak juga boleh memperlahankan lagi kadar metabolisme dan usaha menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Senarai Harga Produk HPM

SEMENANJUNG MALAYSIA

1 kotak = RM 200 (Bukan ahli)
1 kotak = RM 150 (Ahli)
3 kotak = RM 450 + Keahlian

LANGKAWI, SABAH & SARAWAK

1 kotak = RM 210 (Bukan ahli)
1 kotak = RM 160 (Ahli)
3 kotak = RM 480 + Keahlian

BRUNEI & SINGAPURA

1 kotak = RM 230 (Bukan ahli)
1 kotak = RM 180 (Ahli)
3 kotak = RM 540 + Keahlian

Pembelian sebanyak 3 kotak secara automatik mendapat

=> HARGA PENGEDAR

=> YURAN KEAHLIAN PERCUMA

=> SETIAP PENGHANTARAN PERCUMA